Wednesday, October 18, 2017

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU YANG PERTAMA

Assalamualaikum

So long.... Lama parok aku tak menaip dalam ni. Hahaha.

Setahun sudah anak aku. Terasa sakit melahirkan tuh sampai sekarang aku terasa lagi. Entry ni sengaja aku buat bagi aku remind kat diri aku melahirkan anak adalah bukan perkara yang senang. Ibarat antara hidup dan mati. So sempena bulan Oktober 2017 ini, aku nak wish kepada anak aku SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU yang 1 tahun.

The rest of this entry is about my suka duka sepanjang mengandungkan dan history delivered the beautiful person in the world named Muhamad Razin bin Mohd Razmin. Firstly, aku nak minta maaf this entry might long. So, aku ucapkan syabas if korang sanggup baca entry aku ni sampai habis.

Pada satu tengah hari yang hening di Kampung Bukit Betong, aku baru nak masuk bilik air untuk mandi. Pada masa tuh aku sedar yang dah lewat datang bulan dalam 4 hari mcm tuh. So tergerak hati aku nak check UPT. Aku suarakan keinginan aku tuh kat dia tp laki aku membantah kata terlalu awal nak check and risau if result negatif akan kecewa. Biasalah aku, degil nok harom. Aku check jugak.

Guesss WHAT?!

Result positif. Aku menjerit lah dalam bilik air tuh kegirangan. Laki aku pun muka mcm tak ada perasaan jer bila aku bagi tahu aku pregnant. Hahaha. But at the same time aku risau sangat-sangat. First, macam mana bakal baby ni kuar. Dengan keadaan ekonomi aku dan laki aku tak berapa menentu. But, aku letak semua hal tuh ketepi dulu. So i wanna enjoy my preggy moment. My LMP was 18/01/2016 and due date 25/10/2016. So my 2016 year is about my pregnancy.

First day pegi klink untuk buat buku merah.
First trimester sangat-sangat ok compared to my previous pregnancy. Habit paling teruk aku alami masa tuh kemalasan yang amat sangat. Memasak, basuh kain, jemur kain, menyapu just not me at that time. Nak angkat gelas dari meja ke sinki pun malas nak harom. Sampai laki aku pun terasa sangat dengan aku sbb tak masakkan untuk dia. Biasalah lelaki, susah nak faham keadaan perempuan mengandung ni. Tahap sampai pernah bergaduh bila ada orang luar pun masuk campur pasal hal aku laki bini.

Sepanjang first trimester ni, aku dapat kencing kotor. Nurse suggest aku banyakkan minum air masak dan minum air barli. Ubat-ubat yang nurse provide pun kadang-kadang jer aku makan. Fuh, penangan pemalas. Itulah jadinya kencing kotor tak hilang-hilang. 

Masuk kandungan 4 bulan, aku dah mula risau. Aku jobless and unemployed. Aku tak ada duit andai anak aku ni kuar nanti. Aku dah sesak fikirkan keperluan anak aku. Suami aku pun tak bekerja. Jualan nasi kuning pun tak seberapa. Duit simpanan aku pun dah habis menanggung keperluan harian kitaorang. Aku minta izin dengan suami aku nak bekerja di KL. Pada mulanya suami aku keberatan sebab he might live lonely without me. Antara suami dan anak, aku tersepit di tengah-tengah. Mesti korang ada terfikir kenapa bukan suami aku yang cari kejer kan?

Sebab dia dah janji dengan mak ayah dia takkan balik semula ke Kuala Lumpur. Mak ayah dia takkan restu if he do. So dia tersepit antara seorang anak dan seorang suami. Sedangkan nafkah paling wajib dia perlu buat adalah untuk si isteri. Never mind. Aku dah decide aku buat demi anak aku dan komitmen bulanan kitaorang.

Setelah dipujuk beberapa kali, barulah suami aku benarkan aku ke KL. Aku cari kejer dalam jobstreet dan hantar resume. Alhamdulillah. Ada satu company kat KL offered interview. Aku pun gerak ke sana. Sekali lagi rezeki baby yang aku kandung, aku dapat kejer. Company aware yang aku pregnant. Ikutkan ada company susah nak terima pekerja baru yang tengah pregnant.

Aku jual gelang nikah aku tuk support hidup aku sebulan kat sana sebelum dapat gaji. Aku menyewa bilik di Kg Baru. Mujur sesangat housemate aku tuh adalah ex officemate suami aku. Lagi mudah, rumah dekat dengan LRT Kg Baru dan tempat kejer pun dekat dengan LRT. Syukur yang amat sangat. Tiap-tiap minggu aku balik jumpa suami tercinta. Kesian sebab dia tinggal sorang. And dia pun slow-slow tengah cari kejer. Aku doa selalu yang suami aku dapat kejer.

Kandungan masuk 5 bulan, aku ajak laki aku cari klinik yang boleh buat scan 3D. Laki aku cuak nak pegi sebab dia trauma kalau tengok perut aku kena scan. Takut dapat berita buruk lagi. Hahaha. Sayang kelakar. At that time aku pun lega bila dah tahu jantina baby and ianya baby boy. Berkira-kira dah nak letak nama apa. Rayyan lah. Rizqi lah.


Shopping barang baby. Masa ni tak tahu baby boy or girl. Hahaha.

Balik Lipis, cari klinik buat scan. Alhamdulillah. Boy rupanya.
Masuk 8 bulan aku dah sarat. Kalau ikutkan, aku ni tak macam orang pregnant pun. Dengan berjalan sakan. Hari-hari berjalan kaki kesana kemari. Hari-hari beb. Pegi klinik check up pun aku jalan kaki sendiri. Jadi rasa tak jauh sebab dalam perjalanan tuh ada gerai makan. Kejer aku makan jer. Hahahaha. Ikut hati memang sedih. Suami tak ada nak teman. Plus, stress kejer lagi. Check HB, kena merah sokmo. Tapi nak buat acano. Dah takdir begini. 

Masa ni aku dah 7 bulan.
Open house UEM. Masa ni 7 bulan lagi rasanya.

Hari raya. Around 7 months jugak.
Hujung bulan 8, aku buat keputusan aku nak berhenti. Aku nak jaga anak aku hingga dia besar. Mujur boss aku memahami. Awal bulan 9, aku admit hospital sebab food poison and kencing kotor. Berkampunglah kat HKL 3 hari. Thanks to my acu yang tolong uruskan masuk wad and housemate aku, Zulaiha tolong uruskan keluar wad dan hantar balik rumah. For those yang melawat, thank you Maya and suami aku yang redah masuk lewat malam semata-mata nak jumpa aku. Hati suami mana yang tenang bila dapat tahu bini masuk wad. Berderaian air mata sebab dapat jumpa 10 minit jer.

Hujung bulan 9, last hari kejer hari jumaat. Suami aku dah gerak dari Pahang nak pick up aku. Masa ni laki aku dah dapat kejer di Kuantan dan stay rumah sendiri yakni rumah under nama tokki dia. Alhamdulillah, semua settle dalam satu malam. Pegi ikea beli barang bagai dan gerak lipis amek barang nak bawak masuk lori. Within 2 days angkut naik barang pindah ke Kuantan.


My last day with them. Good memorial. Thanks guys.
I got around a few weeks before due date. So, aku boleh berehat dengan tenang sehingga tunggu bersalin. Feel good to have my husband by my side. Hari-hari bangun siapkan breakfast dan bekal makanan untuk dia. Gosok baju bagai. Counting days bila lah baby ni nak kuar sebab dah bosan duduk sorang bila laki aku pegi kejer.

KLIMAKS CERITA WAKTU DAH NAK BERSALIN. HAHAHA.

14/10/2016 - jumaat

Aku pegi hospital sebab rasa contraction dah. Sekali pegi check baru 1 cm. Punya drama masa nak check jalan tuh aku menjerit sakit. Aku tak tahu lah dia check kasar sgt or aku yang over sebab before this aku pernah kena check mcm tuh tak rasa sakit pun. So, aku balik. Doktor advice kena banyakkan berjalan bagi jalan bukak.

17/10/2016 - isnin

Aku bleeding masa nak mandi pagi. Masa tuh laki aku dah siap-siap nak pegi kejer dah. Dia berat hati nak pegi kejer tapi aku paksa sebab aku tak ada rasa sakit pape. Then dia pegi. Dalam sejam lepas tuh, aku dengar bunyi kereta masuk garaj. Rupanya laki aku balik kena halau dengan officemate dia sebab officemate dia tahu condition aku. Start dari hari tuh laki aku tak pegi kejer dah.

18/10/2016 - selasa

Laki aku buat surprise aku bawak pegi jalan ke Terengganu beb. Pergh, first time aku pegi Terengganu. Sampai Pantai Kemasik pun jadilah. Makan kopok lekor. Then balik. Thank you husband. Hehehe, Punyalah nak suh aku bukak jalan cepat.




20/10/2016 - khamis

Hari terakhir pregnancy. Start dari pagi aku dah sakit pinggang tapi aku refuse nak pegi hospital. This time aku dah sibuk cari putu piring nak makan. Sampai pasar malam berserah aku pegi cari tak jumpa. Dalam sakit pinggang tuh sanggup lagi redah. Demi putu piring.

21/10/2016 - jumaat

2.30 pagi. Contraction makin sakit. Aku terjaga tengah-tengah malam layan sakit sorang-sorang. Bila lega, aku tido balik.

3.30 pagi dan 4.30 pagi. Contraction datang lagi. Kali aku bangun sambil berjalan nak kurangkan rasa sakit contraction tuh. Dah lega aku tido balik.

6.00 pagi. Aku terdengar azan subuh. Aku terus kejut suami aku suh bersiap. Aku dah mandi dulu. Aku suh laki aku solat jer. Pas tuh terus gerak. Btw, barang baby dah standby dalam kereta a few weeks earlier before ok. (Jangan ikut tau. Buat kejer last minit. Standby 3 months before better.)

Dalam kereta laki aku tanya nak breakfast dulu tak, aku cakap nak makan dulu. Beli breakfast makan kat umah mak mertua. Masih menahan sakit contraction. Itu pun makan cepat-cepat. Terus gerak.

8.30 pagi. Sampai hospital. Doktor lelaki yang check jalan aku. Alhamdulillah 4cm dah bukak. Dayum. Tuhlah masin lagi mulut. Aku pernah kata kat laki aku sebolehnya aku nak sampai hospital dah 4 cm sbb terus masuk labour room. Tak payah masuk wad dulu. Then, menjadi apa yang aku kata tuh. Tetiba jer sampai hospital contraction tak sakit sangat. Hahaha.

Then doktor kata dah boleh tolak ker labour room tapi kena tunggu dulu sebab penuh. So aku sempat lah berjalan-jalan dulu bagi redakan hati aku yang nervous nak harom. Aku ready or not aku kena kuarkan jugak baby dalam perut ni. Huwaaaaa. Aku takut.

SITUATION DALAM LABOUR ROOM.

Masuk jer pintu labour room tuh, aku dah terasa kesejukan dalam tuh. Fuhhh, seram sejuk mak nakkkk. Aku dapat bilik no 6. Oklah tuh. Nombor birthday laki aku. Naik atas katil, nurse suruh tukar baju lain and pasang CTG kat perut untuk check contraction if any progress.

Datang seorang doktor india perempuan pakai sarung tangan bagai. Aduh maaakkk, takut mak nakkk. Dia kuarkan satu batang warna putih. Batang tuh tuk pecahkan air ketuban. Mak suh dia stop dulu siap tanya pas pecahkan sakit ke tak. And dia pun bagi jawapan yang tak meyakinkan. Alahai.

Then nurse bagi aku satu gas untuk sedut if any contraction pain datang. Membantu jugak gas tuh rupanya kalau pandai guna. Kat dinding pun ada tampal doa yusuf, zikir and doa bagi memudahkan proses bersalin. Pukul 11 lebih mcm tuh, suami aku pun masuk. Fuh lega nampak muka suami. Sumpah lega gilaaa. At least aku ada orang boleh sharing sakit yang aku rasa makin kerap datang.

Then, doktor datang suggest aku untuk amek ubat tahan sakit. Ada pros and cons. Advantage dia, of course buat aku rasa kurang sakit contraction and cepatkan proses kelahiran but disadvantage dia, aku dan baby akan merasa mengantuk. It is an option. Doktor bagi aku 5 minit untuk fikir. Mula aku tak nak amek tapi pas bincang dengan laki aku sebab tak boleh tengok aku sakit sangat, then aku amek.

At first tak de rasa pape, setengah jam kemudian, dia punya mengantuk nauzubillah. Memang tak boleh tahan. Aku pun tido and laki aku pun setia duduk sebelah aku. Datang contraction, fuhhhhh berpeluh siak. Sakit gilaaaa.

Masuk tengah hari, laki aku kena pegi solat jumaat. Allahu. Beratnya hati aku nak bagi laki aku pegi. Tapi apakan daya. Sahutan Allah lagi penting. Kena laki aku tak pi solat jumaat, aku susah nak bersalin. Aku relakan jer. So layan jelah sakit tuh sorang-sorang and berharap laki aku sempat tengok aku nak teran.

Pukul 2 lebih mcm tuh, alhamdulillah lega nampak muka suami. Tolong pegang tangan aku tahan sakit. Dia sendiri cakap, aku pegang tangan dia macam nak patah rasa. And aku masih mamai melayan ngantuk aku. Datang doktor seluk bawah tuh sebab baby tidur. Tak nak bagi baby tidur.

The most painful contraction came dalam pukul 3 lebih macam tuh. Ya Allah tak tertanggung rasa. Rasanya tak ada air mata aku nak menangis. Aku baca zikir tuh tak henti-henti. Aku pegang tangan laki aku siap kata sayang tolong ampunkan dosa-dosa saya. Saya tak sanggup tahan sakit ni. Masa tuh berulang kali aku minta maaf dengan suami aku. And dia pun tak henti-henti kata dia maafkan aku.

Pukul 4.20 macam tuh nurse datang check jalan and contraction aku datang sekali datang rasa nak teran. Nurse pun kata aku dah boleh teran. Apa lagi kelam kabut semua ready nak kuar baby. 4 kali ok aku teran. First teran, aku menangis cakap aku tak pandai. Tersedut balik kepala baby. Hahaha. Takut weh. Tapi doktor tuh perasan aku boleh teran sebab tak tahan sangat dah.

Laki aku sempat tengok crowning and kepala baby pun dah nampak. And clearly aku tak boleh menjerit. Memang aku kena marah. Sebab bazir tenaga. Then push yang ketiga, tepat 4.30 petang, selamat kuar seketoi manusia. Alhamdulillah. Jahit pun sikit and koyak tak banyak. Baru dapat air legakan tekak. So korang yang nak bersalin, after bersalin tuh standby roti banyak and air milo standby. Memang lapar and dahaga namatey.

Aku tak larat sengat bukak mata. Nurse paksa suh tengok jantina anak aku and clarify yang tuh baby boy. Lega mak jemah anak dah kuar. Jahitan pun tak banyak. Koyak skit jer. Keluar dari labour room pukul 7.30. Aku dan anak kena tahan 2 hari untuk check keadaan anak aku sbb masa pecah air ketuban, air dah lain color takut baby dah makan tahi dia. Jaundice pun 2 minggu jer. Hampir kena tahan. Ikhtiar macam-macam akhirnya turun jugak bacaan jaundice.



A few hours after delivered
Setahun dah berlalu. Memang segar dalam ingatan aku tempoh nak bersalinkan razin dan perjalanan hidup aku semasa razin dalam perut. I hope this story will pass to him when he grows up or i might gone one day. Rasa ni jugak aku hargai betapa besarnya pengorbanan seorang manusia bergelar ibu. Aku percaya kalau lelaki yang bersalin, dia nak bersalin sekali jer. Takkan ada 2 3 kali dah. Perempuan jer tak kenal erti serik. Dah tahu sakit tapi nak lagi. Betul tak kaum ibu?

Ok dah masuk asar dah ni and akhir kata SELAMAT HARI JADI MUHAMMAD RAZIN.

Thank you kepada pelawat yang melawat razin. Mana yang tiada dalam gambar tuh, minta maaf sangat-sangat. Dan jugak kepada yang wish.








No comments:

Post a Comment