Assalamualaikum!
Lately ni, aku dengan husband aku join car boot sales. Memula aku pernah bagi tahu husband pasal nak join tp dia buat donno jer. Tapi pattern dia ni, bila aku dah cakap, dia akan survey pasal benda alah tuh sampai habis. Sampai dia pulak tak sabar-sabar nak join.
Mana aku dapat info pasal car boot sales ni? Aku slalu follow up dengan page temerloh and diaorang pun slalu pos pasal bisnes ni. Lagi-lagi pulak, member baik aku ada join. Aku pun tanya lah dia, macam mana konsep car boot sale, bayaran macam mana, perlu lesen ker tidak. Rupanya senang jer nak join car boot sales ni as long as obey dengan syarat-syarat dia.
Disebabkan aku duduk KL and jarang balik temerloh, hati aku meronta-ronta nak join car boot sales ni. Dan bermulalah pencarian aku dalam engin carian encik google, aku jumpa link-link yang berkaitan dengan car boot sales ni.
Mostly maklumat banyak dalam facebook dan instagram. Kenalah rajin tanya bagaikan. Sewa tapak macam mana, kena booking ker or what so ever.
Bermula lah pengalaman pertama aku dengan husband aku di Kompleks 3C berhampiran Bandar Sunway. First week aku kat situ, bunyi burung gagak lagi kuat dari peniaga-peniaga kat situ. Adalah dalam 7 buah kereta yang join. Memang aku nebes bak hang lah.
Sampai kul 11.30, aku chau. Balik dengan rasa sedikit kecewa sebab sale langsung tak ada. Tak pe. Aku try lagi minggu kedua. Sama jugak keadaannya macam minggu pertama. Haih, rasa tawar hati dah aku nak join macam ni.
Pas tuh, husband aku bagi cadangan nak try masuk cbs kat kota damansara. Alhamdulillah. Memang untung sangat kiatorang dapat berniaga kat situ. Kelebihan kat tempat tuh sebab berdekatan dengan pasar tani dan orang ramai pun langsung boleh ker cbs berhadapan dengan uptown kota damansara.
Alhamdulillah. Dah sebulan aku join cbs. Pas ni nak try nasib kat bandar baru bangi pada 1 hb April ni. Harap-harap sambutan orang di sana pun sama macam di kota damansara jugak.
Harap info sedikit sebanyak ni dapat memberi semangat korang nak berniaga. Hehehehe. Kbai.


