Friday, April 17, 2015

Keredhaan, Ketenangan dan Rezeki

Rezeki Allah tak sape yang boleh sangkal. Sebelum aku kahwin, aku slalu takut andai aku kahwin, duit tak cukup sbb aku kahwin agak rushing (rushing-rushing pun, semua benda sempat buat). Aku sedar gaji aku tak de lah tinggi mana, husband aku pun sama. Bukan nak merendahkan suami, walaupun gaji aku tinggi sikit jer dari dia tapi tidak dinafikan semua tanggungjawab sebagai suami dia jalankan. Nafkah, barang dapur, kelengkapan rumah dan utiliti dia yang uruskan.

Cakap pasal nafkah, aku tak mintak banyak pun. Aku mintak 50 sen jer setiap hari. So, husband aku akan simpan RM15 tiap-tiap bulan dan tukar dengan duit syiling. Duit syiling tuh aku tambah syarat sebab aku suka kumpul duit syiling. Hahaha. Walaupun nilai dia tak besar sekurang-kurangnya suami aku terlepas dari kena soal akhirat nanti.

Sape rasa kalau kahwin muda, risau dengan keadaan kewangan korang? Aku? Of coz aku risau. Aku cuba positif, mungkin aku susah sekarang tapi akan datang kita tak tahu keadaan kita mcm mne. Aku admire dengan mak dan ayah mertua aku. Serius aku respek dengan diaorang. Memula kahwin, serba kekurangan. Tak ada mesin basuh, tak ada tv, tak ada sofa. Hanya yang asas jer ada. They are our inspiration.

Menjelang dapat jer gaji, aku dgn husband aku dah siap buat calculation tuk bajet gaji kitaorang. Last-last tinggal brape sen jer. No shopping, no vacation and no makan-makan kat luar. Hahaha. Gila tak sedih. Walaupun tuh semua nampak mcm lebih kepada kehendak, naluri perempuan nak merasa semua tuh. Sang suami lah yang memujuk. Sabar lah. Akan ada rezeki untuk kita.

Aku mula buat sambal hitam. Mula-mula masyuk. Tebal muka letak kat kedai makan. Lama-lama dah kurang order. Letak kat kedai, tak laku pun. Sambal hitam boleh dapat dimana-mana sahaja. Aku mula buat bisnes tudung. Aku kena fight dengan ig-ig lain yang jual benda yang sama. Husband mula buat flavour vapor dia. Alhamdulillah. Ada sedikit rezeki yang Allah bagi.

Aku tolong husband aku promote flavour dia kat ofis aku (ada member ofis layan vapor) and laki aku tolong aku jual tudung kat ofis dia. Sebagai balasan, husband belanja makan malam and aku belanja dia tengok Fast and Furious 7. Sweet tak? Hahaha. Betul ayah mertua aku cakap, selagi kita bernafas kat muka bumi Allah ni, akan datang rezeki buat kita.

I love my husband. He is my life and my soul. Dia lah syurga buat aku dalam rumah sewa RM800++ ni. Tatkala ni aku sedar. Kalau duit banyak tapi bahagia tak ada, tak guna langsung pun duit tuh. Tapi bila kita sentiasa bersyukur, redha dengan ketentuanNya dan tak merungut dengan rezeki yang ada (timing ni aku akan merungut bila aku emosi. haha), aku dapat rasa hidup ni bahagia sangat-sangat.

A couple of weeks ago, aku mengalami kemurungan yang amat sangat. Emosi aku tak stabil. Dalam seminggu tuh, mesti ada sekali aku tak datang kejer. Sampai satu tahap aku rasa nak berhenti kejer. Aku kerap gaduh dengan husband. Semua benda aku buat, mesti ada yang tak kena. Asal lepas solat, aku menangis semahu-mahunya. Aku terfikir, apa yang aku tak capai lagi dalam hidup aku ni?

Hari jumaat minggu lepas, aku ajak husband aku pegi jalan-jalan kat KL dalam pukul 2 pagi mcm tuh. Walaupun husband aku mengantuk, dia tetap berusaha nak happykan aku. Dengan berbekalkan skuter Ego LC kecik tuh, kitaorang redah neon malam KL. Sampai rumah sampai pukul 3 pagi. Tahu apa aku dapat? Kepuasan berjalan. Esoknya, aku ajak lg husband aku g KLCC, nak tengok fountain. Tanpa banyak alasan, husband aku pun ckp boleh saja. Tak payah shopping teruk, aku nikmati fountain kaler-kaler depan KLCC tuh dengan suami tercinta. Balik tuh, kitaorang balik dalam kebasahan hujan. Aku sedikit tak rasa menyesal balik dengan basah kuyup mcm tuh dan aku rasa happy. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa mcm tuh. Husband aku pun senyum jer.

Since that day, aku dapat semangat baru. Aku ada semangat nak bekerja. Tiba-tiba hari yang aku lalui minggu ni aku rasa happy jer. Tak ada gaduh-gaduh. Baru aku sedar, aku hanya perlu sedikit rasa bahagia. Aku perlukan perhatian. Aku perlukan ketenangan. Aku perlukan semua tuh bila suami aku ada disisi. The power of man. Berbeza time couple dengan dah kahwin. Bukan setakat enviroment tetapi lebih kepada perasaan itu sendiri. Kefahaman itu kena ada. Tolenrasi itu penting. Itu baru betul nikmat rumah tangga. Bukan tahu asal akad nikah, kepala otak dahh fikir seronoknya malam pertama. Hahaha.

Jangan cakap pasal baby dengan aku. Cukup lah sedih aku dapat hari ni. Huhuhuhu. Gembira dengan rezeki orang lain tapi dalam hati sedih. Tahniah tahniah tahniah kepada mereka yang bakal bergelar ibu. Aku cuba sentiasa fikir positif. Tak mau sedih-sedih. Allah nak beri peluang pada aku dengan husband nak suaikan diri. Tuh lah hikmah dia. Mungkin aku tak bersedia lagi. Banyak serba kemungkinan. Then, cuba berfikiran positif. Orang yang hidup sentiasa positif, hidup dia sentiasa maju. Caiyok caiyok ija! Kbai.

No comments:

Post a Comment