Showing posts with label Personalista. Show all posts
Showing posts with label Personalista. Show all posts

Monday, February 16, 2015

2 bulan 3 hari

Assalamualaikum!

Wah, dah 2 bulan aku meninggalkan blog rupanya. Busy busy busy. Tuh jer yang aku boleh cakap. Memang aku busy pun. Ada internet kat umah pun, masih aku xsempat nak bukak link blog kat umah ni. Tapi ni aku curi masa skit kat ofis nak post pasal aku. Yelah. Blog aku, suka hati aku lah kan nak post ape pun pasal aku kan. Hahaha. Vogue kau mak jemah.

Setelah 2 bulan kahwin, aku masih tiada tanda-tanda nak pregnant. Yelah, sape tak sedih kalau kawan-kawan tanya

"Dah ada baby ker belum?"
"Lambat jugak yea kau nak ada isi."
"Positif ker negatif?"

Husband aku selalu demam-demam. Kena ayat ayah mentua aku lagi best, kalau si suami demam tanda si isteri ada isi. Malangnya tak de. Laki aku tuh demam manja jer. Huh! Setiap kali aku check, mesti 1 line. Yang paling kecewa of cos lah laki aku. Asal aku tunjuk jer, muka dia berubah.

Sama-sama bagi semangat. Mungkin belum ada rezeki kami. Baru 2 bulan kut. Ada pasangan tuh sampai 9 tahun kahwin tak de anak, rileks jer. Yea. Aku pun kena fikir mcm tuh. Yelah. Anak yang bakal aku lahirkan nanti cicit sulung dua-dua belah pulak tuh. So, sama-sama kena sabar.

Tak pe, selagi tak de anak ni, senang sikit nak layan suami. Boleh manja-manja. Alahai. Laki aku mengalahkan aku gamoknya. Tak boleh hilang aku sikit. Aku kat dapur pun asyik terjerit-jerit honey. Macam aku ni hilang jauh sangat. Hahaha. Serius kelakar.

Isteri mana tak kembang bila suami sendiri cakap makin lama makin sayang gara-gara makan makanan air tangan isteri sendiri. Ya Allah, indahnya alam perkahwinan ini.

Yea Ya Allah, indahnya perkahwinan ini walaupun gaji kami selalu tak mencukupi untuk berbelanja. Indahnya perkahwinan ini walaupun tempat berteduh tak segah rumah teres. Indahnya perkahwinan ini walaupun kami tak dikurniakan cahaya mata lagi. Walaupun ada kekurangan, kami tak loket Ya Allah. Kami masih dikurniakan rezeki setiap hari. Makanan di rumah tak pernah putus.

Aku bersyukur walaupun gaji suami ku tak besar tapi aku diberikan kasih sayang yang tak terbatas. Keluarga mentua yang sporting. Siapa tak suka hidup dalam keluarga sebegini. Yea, aku bahagia. Bukan bahagia dengan duit yang banyak tapi aku bahagia kerana aku berada di samping suami yang sentiasa melindungi aku.

Dia baru balik dari Dubai. Walaupun seminggu dia pegi tapi seksanya Allah jer yang tahu! Aku harapkan hubungan yang baik ni berkekalan sehingga akhir nafas kami. Amin.

Friday, January 2, 2015

Big Day - Part 1

Assalamualaikum!

Masa aku taip ni, aku pun dah bergelar PUAN okeh. P U A N. Title yang aku tak expect lgsung akan dapat pada tahun ni. Perkahwinan yang aku idam iaitu sederhana, complete dan paling penting penuh dengan keberkatan.

Yea, perkahwinan aku tak segah perkahwinan orang lain. Ada pelamin untuk tangkap gambar ramai-ramai, ada bilik tidur pengantin yang bau bunga rampai. Yup, aku tak de semua tuh. Hahaha. Yang paling penting yang ada masa majlis perkahwinan aku masa tuh, upacara akad nikah dan majlis makan-makan. Simple yang amat sangat.

TENTANG BAJET PERKAHWINAN

Aku mujur dapat mak ayah yang jenis bersetuju dengan ape yang aku buat tapi adalah sikit sedikit salah faham. Aku minta hantaran tak delah tinggi mana. Tapi melihat kemampuan bakal suami aku masa tuh, aku kurangkan lagi harga hantaran. Mak aku pulak yang bising-bising. Sikit sangatlah. Apelah. Aku buat dek jer. Kawan-kawan aku pun banyak tanya berapa bajet perkahwinan aku ni and tipulah kalau diaorang tak percaya ape aku cakap.

Ok, meh sini aku kasi sedikit contoh bajet yang aku buat dan bagaimana aku manage semua tuh.

Hantaran = RM6000
Duit kutu = RM1200
Duit gaji yang dapat diselamatkan = RM1000

Katering = RM6830 (500 pax)
Baju pengantin perempuan + makeup = RM400
Baju pengantin lelaki = RM200
Goodies = RM300
Hantaran = RM200
Selebihnya buat bunga telur and topup mana tak cukup.

Dan, aku berterima kasih dengan keluarga aku yang ada jugak sponsor sikit-sikit. Boleh cover. Sape kata duit tak de, tak boleh nak kahwin. Hahahaha. Pandai lah nak hidup. Aku bersyukur walaupun aku kahwin agak tergesa-gesa tapi semuanya selamat dibuat. Hahaha.

Aku mmg dah awal-awal cakap kat mak ayah aku yang aku memang tak nak beria sangat majlis perkahwinan. Aku pun pesan kat adik-adik aku mcm tuh jugak. Well, tak dinafikan kos sara hidup memang tinggi. Tak pelik lah hantaran pun kena letak tinggi.

Hidup lepas kahwin lagi banyak nak pakai tau. Aku syukur sangat-sangat, sebelum aku nak kahwin, razmin dah cari umah sewa. Beli barang rumah, peti ais, dapur, mesin basuh, satu set perabot bilik tidur. Walaupun ada yang second hand, selagi boleh pakai, pakai jelah. Who cares.

Tapi paling syok, dapat hadiah kahwin lah. Aku memang teruja gila. Bukak itu ini, semua barang aku suka. Dapat vakum, dapat flask air panas, cadar, periuk nasi dan yang paling banyak sekali tupperware lah. Serius berguna! Tak payah beli dah. Syukur, syukur!

Dan selesai majlis, aku terus gerak balik kuantan, kalau stay kat temerloh, aku xde port nak tido. Tido hotel, dah keluar duit pulak. Maleh aku. Husbeng aku rajin drive jugak ker kuantan lepas isyak.

Tahu ape aku rasa habis selesai majlis ni? Lega yang amat sangat. Pas ni tak de orang marah nak pegang-pegang tangan kalau keluar. Tak de orang pandang pelik nampak aku kiss pipi husbeng aku. Bila pujuk-pujuk, boleh hugs. Aaaauuuummmm! Pegi kejer, salam pas tuh dapat kiss pipi dari husbeng. Perrghh, syoknya!

Jeles? Pegi lah bagi tahu mak ayah korang yang korang dah angau nak kahwin. Jgn sebabkan belajar jadikan halangan nak kahwin. Jgn sebabkan faktor kewangan jadikan kekangan nak kahwin. Jodoh itu rahsia Allah. Memang ini nampak ayat klise tapi renung-renungkan. Kalau korang tak usaha, memang bye-bye lah.

Bila dah kahwin, port dapurlah paling aku suka sekali. Aku boleh design kedudukan ape yang aku nak. Huhuhuhu. Husbeng aku pun tak boleh nak kacau tau.

By the way, gambar rasmi tak de lagi. Aku upload next post lah tapi aku belanja lah sekeping yang tak rasmi ok? Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir dalam majlis perkahwinan saya, kepada mereka yang memberi hadiah dan kepada mereka yang mendoakan perkahwinan saya.

To my husbeng, thanks for everything! No words that i can tell you how much i love you! Muahhh!

Cewahhhhhh. Disaat sah jadi bini orang. Kui kui kui.

Tuesday, November 11, 2014

Countdown for the big day!

Assalamualaikum semua!

Wehh, lama sangat aku tak update blog ni. Busy weh. Nak menyampai bulan Disember 2014 ni, aku kena kerja sampai pukul 9 malam setiap hari and weekend pun kena kerja. Tp salah satu lah. Either sabtu or ahad.

Standardlah. Nama pun software developer. Masa aku belajar dulu pun, aku dah tahu memang kerja programming standard tak balik rumah, duduk kat ofis mengadap coding sepanjang masa. No no no. Menipu sgt sepanjang masa. Sbb tuh orang yang tak pernah tahu kerja programming ni, depa kata They are programmer and they don't have life.

Well, aku ok jer dengan kerja ni. Asal dapat duit nak survive dalam dunia penuh pancaroba ni, syukur!

Eh, apasal aku punyer title tak kena dengan pendahuluan ni. Hahahaha.

Yea, aku tengah countdown. Countdown untuk menamatkan zaman bujang. Dalam sebulan lagi, aku akan jadi milik seorang lelaki yang bakal menjadi suami aku. Hehehehe.

Rasa mcm tak percaya pulak. Aku rasa aku ni budak-budak jer lagi. Bab masak? Aku rasa boleh lah kut. Asal perut bakal laki aku tuh kenyang. Alhamdulillah, aku happy sbb aku bakal dpt mak mertua yang sangat sporting. Well, bakal menantu kesayangan. The only menantu perempuan and anak perempuan. Hehehehe.

Plan dalam masa 2 bulan, dengan berbekalkan bajet yang ada, in sha Allah, semua akan berjalan dengan lancar. Aku dengan laki aku tuh, byk duit habis barang rumah jer sebenarnya. Beli peti ais, beli mesin basuh, beli set perabot bilik tidur. Bab hantaran tak fikir sangat. Entah kenapa.

25hb Oktober yang lepas, pihak lelaki datang merisik and semua segala perbincangan ditetapkan dalam perbincangan tuh jugak. Senang.

Masa laki aku meluahkan perasaan nak kahwin kat parent dia, tipulah tak takut. Yelah, bajet ada tak de jer. Tp alhamdulillah, parent dia sporting sgt! Tak payah tunang2, kenduri pun nak jemputan saudara mara and sahabat rapat jer.

Kadang2, aku tak faham jugak kenapa orang berhabis duit nak buat grand2 kat hotel semua bagai. Yelah, mungkin orang cakap kahwin sekali seumur hidup kenalah buat meriah2. Habis tuh, kalau mati sekali seumur hidup, kena buat grand-grand jugak ker? Opppsss, tiada kaitan dengan sape-sape ok. Ni pendapat aku jer.

Zaman sekarang, semua benda boleh dapat dengan mudah. Kalau zaman dulu, kenduri orang melayu kata merewang. Panggil orang kampung ramai-ramai, masak ramai-ramai. Sumpah meriah gila. Masa aku kecik2, aku paling suka timing mcm ni. Jumpa sedara mara. Main sama2. Berebut dpt goodies telur, pegang bunga manggar. Best gila weh.

Tapi sekarang dah tak de dah. Makan pun order pakai katering jer. Goodies pun boleh tempah kat orang and tahu-tahu dah siap. Tinggal nak bagi orang jer. 

Aku baru tahu nak kahwin ni bukan lah senang. Ia akan jadi senang bila tak de masalah dengan duit. Aku bukan nak mengeluh. Tapi dapat merasai jerih payah dia.

Kelmarin aku pegi Jakel kat Jalan Masjid India. Tengah sale kan sbb jakel tuh dah nak pindah dengar cerita nya. So, harga pun kaw-kaw turun. Aku pun pegi nak beli baju tuk laki aku. Baju aku, aku tempah dengan kawan aku. Senang nak deal. Sedang jalan-jalan dalam tuh, aku jumpa veil ni cantik sgt. Melaram depan cermin punyer lama, aku tnyer harga kat akak tuh. Mak datuk! Mahal nak mampus. Hahahaha.

Lastly, aku decide cari dulu baju melayu laki aku. Pas tuh aku cari kain chiffon sendiri and lace sendiri then buat veil sendiri. Hahahaha. Dah jimat RM70. Kad kahwin pun aku buat sendiri. Dengan berbekalkan ilmu adobe photoshop dan microsoft visio yang tinggal 5% ni, aku berjaya menghasilkannya. Walaupun tak segempak kad wedding Dato Siti Nurhaliza tapi bolehlah menyampaikan info kepada orang. Yelah, tengok tarikh, tengok alamat, tengok peta, habis majlis buang lah. Kan?

Comel tak? Hehehe. Cincai habis dah buat ni.

Alhamdulillah. Kalau niat kita baik tuk berkahwin dengan cara yang betul, mesti jalan untuk ke arah gerbang perkahwinan tuh mudah. Kalau ada masalah sikit-sikit, itu biasalah dugaan nak kahwin.

Pergh bedebarnya mak jemah. But stay cool and strong! Doakan kami kekal sehingga jannah.

Kalau betul dialah jodoh sehidup semati aku, aku syukur sangat-sangat. Aku nak hubungan aku dengan dia macam gaduh macam suami isteri, berbincang macam kawan karib, bergurau macam budak-budak and saling melindungi macam adik beradik.

Monday, August 25, 2014

Berhenti Belajar

Assalamualaikum

Hai korang, lama jugak aku tak post ape-ape entry kali ni. Serius. Aku sibuk gak lately ni. Ape tak nya, rutin aku setiap hari pergi kerja pukul 7.45 pagi. Balik pukul 6 petang. Pas tuh balik kerja, pukul 7 malam layan akasia yang tengah famous sekarang ni Rindu Awk 200%. Hew hew hew. Pas tuh solat maghrib, pas tuh melingkar atas katil baca buku then solat pas tuh tidoooooo.

Hujung minggu pulak, biasalah. Bila bercinta. Dating sana sini. Hehehe. Bukan dating suka-suka yea. Kitaorang pegi main badminton pas tuh swimming. Masing-masing dalam usaha nak turunkan berat badan. Tuh lah rutin hujung minggu kitaorang.

Dengar macam bosan kan? Tapi sebenarnya life macam ni lah aku suka. Rileks. Nak kata aku tak suka shopping, selalu jer aku buka website-website lazada, zalora, and groupon tuh. Aku suka jer window shopping. Ada masa pegi lah jalan-jalan. Ingat duduk KL, perlu ker nak terjah semua benda ada kat KL ni? Tak perlu pun. Duduk rumah lagi best. Hahaha.

Ok, cukup.

Aku post kali ni sebenarnya nak cerita something. Pasal aku berhenti belajar. Ramai kawan-kawan aku tertanya-tanya. Kenapa aku quit study? Tak sayang ker aku tak sambung belajar sedangkan aku student pandai? Nanti kalau kerja awal sangat, gaji rendah setakat diploma jer. Kalau sambung belajar, gaji tinggi.

INI COMMON STATEMENT YANG AKU DENGAR.

Rata-rata ada yang menyokong. Ada yang membangkang. Paling ramai sekali yang membangkanglah. Nak tahu apa respons aku? Aku senyum jer. Orang yang kuat menyokong aku adalah mak aku, bf aku, mak bf aku, ayah aku dan beberapa orang lagi lah.

Sebelum aku masuk degree, aku dah pernah bekerja selama 6 bulan. Sebelum aku nak quit kerja tuh, aku rasa macam banyak petunjuk supaya jangan berhenti kerja. Hati aku nak masuk belajar pun rasa macam tak seronok jer. Seronok sebab satu jer. Aku nak jumpa kawan-kawan aku. Aku tak fikir langsung pasal study case aku ni macam mana. Aku kena stay up buat assignment. Berkorban banyak benda.

Serious talk. Mak aku berat hati dengar aku nak berhenti kerja. But life aku, aku yang tentukan. Dah masuk degree semester 3 masa tuh, aku rasa tak seronok langsung. Tak feeling macam mana aku rasa masa aku belajar kat Jengka dulu. Kalu nak compared Shah Alam dengan Jengka, bagi aku Jengka still the best UiTM i've ever been. Walau banyak sekali aku hadap dugaan kat Jengka dulu tapi aku seronok and tak pernah terlintas pun aku nak quit. Sebab enviroment dia, aku seronok. 3 tahun kat situ, aku happy. Memories were created so nicely.

Masa semester 3 di Shah Alam, dah beberapa kali aku menyuarakan hasrat nak quit kat Aie. Dia yang banyak dengar masalah aku. Aku masih sabar sebab aku ada Tieqa. Then, lama-lama aku ada geng aku sendiri. Naik semester 4, aku dah kena pindah ke UiTM Jasin.

Sebelum naik semester 4, kawan aku, Haidar menyatakan hasrat nak quit. Aku pujuk dia jangan quit. Aku yang motivate dia jangan berhenti, aku pulak yang quit. Ini kelakar. Hahaha.

Sebelum cuti mid sem, aku ada dua test. First test tuh aku study betul-betul. Yang buat aku tak larat sebenarnya, aku terkejar-kejar nak study tuk test kedua, Network Design. Aku dah tak sanggup nak menipu diri aku. Aku decide aku tak nak datang test dengan alasan aku kurang sihat. Kawan-kawan lain sibuk jawab test, aku hantar resume ke company lain nak apply kerja.

Then, cuti mid sem bermula. Aku tak balik Temerloh. Hanya aku dengan Ana yang tinggal kat rumah sewa kitaorang. Hari-hari aku bosan and jemu duk rumah, then aku berjalan-jalan sekitar Bandar Melaka dengan Ana. Dalam masa cuti tuh, aku dapat panggilan temuduga kat KL. Apa lagi aku pun pergi lah.

ENTRY LAIN, AKU CERITA MACAM MANA KEJADIAN TEMUDUGA TUH

Nego nego, aku pun dapatlah offer kerja. Masa ni, aku masih lagi bergelar student UiTM. Aku pergi interview hari jumaat, aku balik Melaka semula hari ahad. Malam tuh, aku pakat dengan geng-geng aku nak makan ikan bakar. Aku dah lupa nama tempat tuh.


Malam tuh, aku ajak tieqa pergi tempat tersorok sikit. Aku bagi tahu aku minggu last kat UiTM Jasin tuh. Reaksi dia? Of course lah menangis nangis. Then, sorang-sorang dapat tahu aku nak quit. Paling aku sebak time aku bagi tahu Udin.

Aku suruh Udin datang rumah. Aku ada berita nak bagi tahu dia. First for all, dia ingat aku prank dia. Beberapa kali aku convince dia yang aku memang nak quit. AKu tak boleh lupa tengok muka dia dengan air mata bergenang tuh. Paling terharu, dia cakap dia sambung belajar pun sebab aku ada walaupun kitaorang ni lain kos. Beberapa kali dia ulang, kenapa lah aku tak amek Network. Kenapa aku amek Netcentric. Maafkan aku yea Udin. Aku quit tak bermakna kita tak boleh contact. Aku ingat kau ada bagi coklat kat aku malam tuh.

Malam tuh, aku kena toce dengan kawan aku. Kenapa aku buat desicion tanpa bagi tahu diaorang. Aku tahu kalau aku bagi tahu, mesti korang halang aku pergi. Aku sebak. Susah aku nak explain kat diaorang. Korang tak faham apa aku alami. Lain orang boleh tahan lagi. Mungkin aku dah tak sekuat dulu.

Next day, aku berjaya menyettlekan borang berhenti aku selama sehari. Gila tak penat. Nak dapatkan 5 orang punya tandatangan punya sakit. Kena lak aku nak dapatkan sign dari Ketua Program. Kena lak masa tuh, Miss Raihana ada sekali. Perghhh. Berdas-das aku kena toce dengan lecturer tuh. Tapi aku buat dek jer. Hahahaha. Maafkan saya miss.

Next day, aku dah nak gerak balik KL. Aku nak settlekan rumah sewa and my buah hati nak datang. Balik tuh aku balik dengan haidar. Sebelum nak berpisah, aku diminta bagi ucapan kat diaorang. Kena pulak cuaca tengah mendung. Lagi lah suasana sedih tuh bertambah. Tipulah kalau aku tak menangis. Walaupun tak sampai setahun dengan diaorang tapi bond yang kitaorang ada tuh susahnya rasa nak berpisah. Dengan Tieqa paling terasa sekali.

Aku quit sebab apa? Aku tak boleh bawak netcentric ni. Full with theories. Otak aku bukan otak theory. Sebelum aku graduate dengan kos yang salah, lebih baik aku menyerah. Another factor is keadaan kewangan aku yang tak berapa mengizinkan. Yea, aku amek PTPTN. Tapi cukup ker? Tipulah sape yang dah ada PTPTN still lagi mintak duit dengan mak ayah. Sekarang, aku dah berhutang dengan PTPTN sebanyak RM22,000.00. Nak cekau mana duit bayar ni? Hahahaha.

Biarlah orang kata aku buat kesilapan dengan berhenti dari Sarjana Muda daripada aku buat kesilapan besar pada 30 tahun akan datang. Memang aku kerja sekarang, gaji aku kecil. Tapi aku happy. Aku lega. Seronok. Aku dapat duit sendiri, aku hulurlah sikit kat mak and adik-adik aku. Aku boleh berdikari dengan sewa bilik kecil. Dapat beli motor sendiri. Walaupun aku hanya dapat beli sebuah motor tapi sangat bermakna buat aku sebab aku beli dengan duit gaji aku sendiri. Sapa nak bagi aku motor free-free? Kalau aku ada sugardaddylah kan? Hahaha. Aku bersyukur dengan apa aku ada sekarang.

In sha Allah. Niat aku nak belajar tuh memang ada. Akan tiba masanya nanti, aku akan sambung jugak belajar. Pengajian Jarak Jauh maybe. Kos masih dipertimbangkan. Aku fikir nak amek Ijazah Sarjana Muda Sains Kompter jer kut. Tapi aku tak jumpa lagi kat UiTM punya.

Sejak aku berhenti ni, terus terang aku cakap. Ada beberapa kawan aku menyuarakan hasrat nak quit jugak. Ada yang siap private message aku kat FB. Aku tak halang nak quit tapi aku tak galakkan. Pesanan aku, kalau nak quit. Biar quit dengan rasa confident dan ada perancangan. Jangan quit sia-sia macam tuh jer. Belajar pun penting. One more thing, jangan kita belajar bukan sekadar untuk kerja or pangkat semata. Tuntutlah ilmu tuh kerana Allah.

Aku bekerja bukan nak menunjukkan aku ni hebat. Serious talk, aku masih noob lagi pasal sains computer. Tapi kalau aku tak challenge diri aku sendiri, sampai bila aku nak maju. Dalam zaman sekarang semua benda kena bersaing. Tak ada sapa kata dunia kerja and belajar tuh senang. Semua sama jer. Cuma berbeza keadaan jer.

OK. Sampai sini jer entry aku kali ni. Nanti aku cerita macam mana nak menghadap interview untuk korang. Bye.

Monday, May 12, 2014

New post after 1 years

Assalamualaikum!

Hai semua, korang sihat tak? Weh, aku dah lama tak update blog ni weh. Berhabuk gak arr. Kenapa aku delete dulu yea? Sebab sebab sebab.... Adalah! Tuh aku sorang jer yang memahaminya. Hehehe. Apa status hidup aku sekarang?

First, aku masih mempunyai boyfriend yang sama. Tak tukar mcm tukar baju. Masih sayang ketat-ketat. Wuuuu. Masih bergaduh bercakar-cakar dan masih bergelak ketawa macam orang sawan. I love you sayang.

Second, aku dah quit degree. Kenapa? Banyak sebab dan musabab dia. Aku tak nak cerita kat sini. Biarlah orang dekat jer yang mengetahuinya. Besar kemungkinan, rentetan aku dalam post akan datang akan ada kaitan. Wehuu...

Third, badan aku makin berisi. Ramai orang dah tegur aku gemuk. Aku tak kisah apa orang nak cakap (padahal dalam hati menangis). Aku bahagia. Biarlah. Wakakaka.

Forth, aku fikir aku dah ada kerjaya sekarang. So aku nak fokus dengan kerja aku ni then aku bebas untuk jadi apa pun tanpa menyusahkan orang lain.

WELCOME BACK IJA!

Wednesday, June 12, 2013

Kenapa Perlu Praktikal?

Assalamualaikum!

Asal sebut jer praktikal, terus berubah muka, berubah emosi, berubah hati. Antara rela atau terpaksa. Hahaha. Perkataan pertama yang kuar dari mulut student yang paling common sekali among computer's student, 

"Aku takutlah nak pegi praktikal."
"Aku takutlah kena buat sistem."
"Aku takut aku tak lulus lah time praktikal nnti."

Ape yang menyebabkan korang-korang ni berfikiran mcm ni? Ape sebab? Tak de sebab kan? Kalu ada sebab pun, aku rasa mcm tak masuk akal jer. Aku cakap ni pun bukan sebab aku bangga aku pegi praktikal. Totally not. Ikut hati aku, aku nak jer follow kawan2 aku pegi masuk degree. Jimat masa aku. Umur aku 23 da ada degree. Cepatkan?

Ada jugak hati aku berbelah bahagi nak pegi praktikal ker tak. Mula masa tak tolak tawaran nak tamatkan semester 5 tuh, aku menyesal. Aku rasa baik aku pegi jer masuk degree. Cepat sikit aku habis. Pas tuh, terus carik kejer. Tapi terdetik jugak hati aku berkata, biar lambat asalkan selamat. Asalkan membuahkan hasil. Baiklah, aku pegi jelah praktikal.

Bila aku mula berpraktikal, aku tukar persepsi aku pasal praktikal. Macam2 aku belajar. Kalu masa belajar, aku boleh main2. Tapi tidak masa praktikal. Walaupun entitle aku adalah student tapi terasa macam dalam real world jer aku kejer.

Pilihan ada dalam tangan kita. Kau nak jadi Melayu yang maju atau Melayu yang masih di takuk lama? Cuba fikir. Sampai biler kita nak takut. Tersekat dalam kepompong yang sama? Walaupun kau memegang segulung skroll diploma, degree, master, PhD atau selepang pink, adakah kita mempunyai skill? Adakah cukup ilmu yang kau belajar masa zaman universiti dulu? Cukup tak untuk kau ubah dunia ni? Bangga ker aku entitle Anugerah Naib Canselor tapi aku gagal dalam dunia pekerjaan? Dalam bidang pekerjaan, terus terang aku cakap, AKU ZERO. AKU MASIH BELAJAR. ADA KER ORANG NAK BAGI MUKA KALAU KAU MASIH FRESH GRADUATE DAN PELAJAR CEMERLANG KAT UNIVERSITI? Nope. Mereka tidak memandang sama sekali. Skroll itu dipandang untuk naik pangkat dan bilangan gaji. Serius. Aku tak tipu. Jangan kita cemerlang atas kertas tapi pada hakikatnya kita masih gagal nak mengubah dunia.

Bila ada peluang, grab it.. Takut adalah perkara kedua. Face it. Aku kena marah? Benda biasa? Dengan user, dengan kak suhana. Kak suhana selalu marah aku sebab aku selalu tanya benda yang sama. Aku tak kisah kena marah asalkan aku faham ape yang aku buat. Kena marah lah benda paling common bila ada budak baru nak belajar? Kan? Mana ada budak masuk tahu2 da pandai kan? Menangis? Masa mula2 masuk aku menangis lah. Aku nampak jer kasar tapi hati lembut nak mampus. Hahaha. Da lama-lama aku da biasa.

Aku sayang orang Melayu. Tapi ape yang orang Melayu buat? Hanya bangga dengan kejayaan orang lain dan mengharapkan orang tuh yang mengubah nasib hidup kita? Kenapa bukan kita yang berjaya? Kenapa bukan kita? Sampai biler kita nak mengharapkan orang lain? 

Kenapa kalau orang berjanji, jangan jadi JANJI MELAYU? Kenapa ada pepatah "Hangat hangat tahi ayam"? Pepatah ni takkan wujud kalau bukan orang melayu yang buat. Kan? Jangan takut nak maju. Kita orang Melayu. Kita tahu ape kekuatan dan kelemahan orang Melayu. Kalu bukan kita yang perjuangkan, siapa lagi? Aku rasa dah lama dah tiba masanya Melayu nak bangkit tapi tipikal pemikiran orang Melayu yang menyekat kita nak maju. Ape nak kisah? Biak pi lah depa sume. Depa bukan tahu susah yang kita dpt pun. Depa tahu ngumpat jer. Pekakkan telinga, dengar kata hati, ketahui kemampuan diri, teruskan perjuangan anda. Kan? Kan?

Pernah dengar tak statement ni, "They just impressed with my achievement but they don't know what I've been through to achieve."

Biar susah sekarang supaya kita senang untuk 10 tahun akan datang.

Entry aku kali ni agak keterlaluan sgt kut. Aku mohon maaf pada sesiapa yang terasa. Ni sekadar pendapat aku yang dah lama aku simpan. Aku dah tak mahu tgk Melayu menjadi sekadar lembu dicucuk hidung. Tukar persepsi korang terhadap sume benda.

Ucapan aku tuk budak yang pegi praktikal dan bakal-bakal pegi praktikal:
  • Selamat Maju Jaya!
  • Give a big commitment dengan kerja anda.
  • Follow the flow. Tukar mind set anda kepada perkara yang positif.
  • Jangan pandang belakang atau mengingatkan perkara2 yang menjadi mimpi ngeri untuk anda.
  • Last but not least, keep study!

Friday, May 17, 2013

Gotcha Called from Hitz.fm

Assalamualaikum!

Semalam aku tgh duk online, tiba2 aku dapat satu private called. Aku tunjuk kat kak fatimah. Aku tnyer patut ker aku angkat. Kak fatimah ckp ikut ko lah. Then, aku decide nak angkat. Aku pun jawab lah. Mula2 aku tak suspect apa2 pun. Then, dia attack aku macam2. Aku da mula risau!

Damn, mana aku nak carik duit sebanyak RM6000 sebab aku salah tekan button weh. Aku g tekan emergency button tuh. Salah tekan, so aku kena bayar denda atas sebab vandalism. Oh no, i'm not going to pay for that! Hahaha.

Kejadian sebenar di LRT Kelana Jaya pada hari Ahad baru ni pada pukul 8.30 malam. Aku decide nak turun pkai elevator sbb mse turun dari tren betul2 benti kat depan elevator tuh. So, aku nak turun lah pkai elevator. Mse aku masuk tuh, aku confuse nak tekan button ape. Yang aku nampak button P and C. Mula aku tekan C, lif tuh mcm tak bergerak. Pas tuh, aku tertekan emergency button. Razmin terlambat ckp, jangan tekan sbb dia terperasan aku nak tertekan button emergency button. Pas tuh, terdengar ada operator bercakap. Razmin respon kat operator ckp tak de pape. Aku senyap jer sbb takut. Kuar jer dari lif tuh, aku terus lari pegi toilet. Kuar dari toilet pun, muka aku takut2 lagi. Razmin gelakkan aku.

Thanks to my boyfie, Razmin sebab kenakan saya. Disebabkan saya suka kenakan awk, awk balas balik dengan cara mcm ni. Thank you so much! I do remember when u said, "Satu hari nnti saya akan kenakan awk smpai awk menangis!". See, he won! He made it to make me cry! Aku tak terfikir langsung yang dia nak buat mcm tuh. Errrgghhhh... Ape perasaan aku mase tuh? Pergh, nak marah, seronok, cuak, nervous! Sume ada. Smpai sejuk tangan aku.

However Razmin, thanks for the surprise and congratulation sebabkan kenakan saya! Sape nak dengar ulangan, hari sabtu (18/05/2013) ni ada. Pukul brape tak sure. Hehehe. 

Sila lihat link ini kalu nak dengar. Kalu tak nak tak payah lah. Hahaha. Semangat Razmin rekod moment ni kasi kat aku. Aku dengar pun da malu da. Jangan gelak over sangat yea. Nnti aku upgrade sket pkai youtube. Hehehe.

Semalam aku nak g makan dengan kak yus, terserempak dengan mak cik kenalan kak yus. Dia nampak aku, then dia tanyer kat kak yus. Ni ker yang kena panggilan kat hitz tuh. Aku terkejut mcm mne dia boleh tahu. Ini gara2 kak yus update kat BBM dia yang aku terkena prank call tuh. Hahahaha. Ok, bye!

#Razmin, saya sayang awk sangat-sangat. Daring saya bg statement ni. Tunggu makan cubit saya biler saya jumpa awk nnti k. Sebab awk lah, speaking saya tunggang terbalik. Note that!