Assalamualaikum!
Seingat aku selepas raya tahun lepas, aku try bawak sambal hitam ke ofis untuk dijadikan tester. Alhamdulillah tester aku mendapat sambutan dan orang ramai mula menempah. Masa aku ni aku belum kahwin lagi. So ape lagi. Nak menambahkan pendapatan kan. So, aku pun terima tempahan orang. Miahahaha. Bermula lah bisnes.
Rupanya dah 7 bulan aku meniagakan sambal hitam secara part time. Part time maksudnya, aku hanya masak pada hujung minggu sahaja. Kalau postage, aku akan postage setiap hari isnin. Based on order. Aku tak buat sekali banyak, nanti rugi. Nak hantar kat customer kenalah segar-segar kan?
Alhamdulillah. Merasa jugak turun naik bisnes. Kejap ada order. Kejap tiada order langsung. Apa yang penting tuh sabar. Takkan setiap masa kita dapat untung kan? Ini lah pros and cons orang berniaga. Wat lek wat peace.
Cerita pasal sambal hitam aku ni, aku dan suami aku sendiri yang buat. Biasanya kitaorang beli bahan-bahan kat Pasar Borong Selangor dekat Seri Kembangan sebab kat situ aku selalu dapatkan cili api yang segar, ikan bilis murah dan berkualiti dan juga bawang cantik-cantik. Belimbing buluh aku dapatkan daripada kuantan. Tokki ada tanam belimbing and dia jugak yang tolong rebus pakai api kayu sampai jadi hitam dan stok-stok belimbing kitaorang bawak ke KL. Senang kan kejer kitaorang? Hahaha.
Alhamdulillah. Setakat ni, feedback mostly kata sedap. Sorang regular customer almost every month dia akan order. Sedap sangat katanya. Senang hati ada customer yang tak cerewet macam ni.
Banyak cara nak makan dengan sambal hitam ni. Ada yang makan dengan nasi putih tengah suam-suam tuh. Makan dengan nasi impit. Makan dengan roti. Makan dengan biskut pun ada tau. Kalau korang rasa macam malas nak masak teruk-teruk, makan dengan sambal hitam ni confirm korang tak nak tambah lauk lain dah.
Post kali ini pun memang aku nak promote produk aku ni yang diberi nama minizza hovel. Gabungan nama husband aku dengan aku. Sweet tak? Muntahhh. Hahaha. Hovel tuh maksud dia teratak atau pondok. So, fahamlah apa maksud Minizza Hovel.
In Sha Allah, aku ada plan untuk jangka masa akan panjang. Mana tahu, dapat bukak butik sendiri ker? Oho oho. My dream last ever. Mohon Allah tunaikan lah impian aku yang ini.
Berminat nak ikuti perkembangan kitaorang, follow kat instagram @minizzahovel . Aku jual RM6 sebekas dengan berat 100 gram. Kalau nak buat untuk doorgift ker, akikah ker, majlis kecil-kecil ker aku boleh buat jugak. Nak beli borong tuk jual pun boleh, so harga borong boleh runding. Nanti check it out kat instagram aku sebut tadi.
Setakat ni yang kerap order, postage ke kuantan lah. Tuh yang konfem ada. So, orang-orang kuantan pun boleh dapatkan sambal hitam kami dari sana.
![]() |
| Amacam? Berselera tak tengok sambal ni? |



No comments:
Post a Comment